Apakah punca sakit belakang?
Punca sakit belakang boleh melibatkan otot tegang, sendi kaku, postur kerja, pergerakan tulang belakang terhad, kekuatan otot yang tidak seimbang, kecederaan lama atau iritasi saraf.
Sakit Belakang dan Tulang Belakang
Sakit belakang boleh berlaku di bahagian atas, tengah atau bawah badan. One Spine TTDI membantu pesakit memahami punca sakit belakang melalui penilaian postur, pergerakan tulang belakang, fungsi otot dan tabiat harian.
Sakit Belakang
Sesuai untuk sakit belakang badan, sakit tulang belakang dan sakit yang berulang.
Punca sakit belakang boleh melibatkan otot tegang, sendi kaku, postur kerja, pergerakan tulang belakang terhad, kekuatan otot yang tidak seimbang, kecederaan lama atau iritasi saraf.
Ramai pesakit menggunakan istilah sakit tulang belakang untuk sakit di sepanjang belakang badan. Penilaian membantu membezakan sama ada ia lebih berkait dengan sendi, otot, saraf atau faktor lain.
Bagi wanita, sakit belakang boleh dipengaruhi aktiviti kerja, penjagaan anak, kehamilan, postnatal, postur duduk, hormon atau tahap kekuatan. Pemeriksaan diperlukan untuk faham punca sebenar.
Cara terbaik bergantung kepada punca. Rehat, regangan atau urutan mungkin membantu sementara, tetapi sakit berulang biasanya perlukan penilaian pergerakan, postur dan kekuatan.
Care mungkin termasuk chiropractic, fisioterapi, latihan rehabilitasi, soft tissue work, dry needling, shockwave, nasihat ergonomik atau rujukan apabila perlu.
Dapatkan bantuan segera jika sakit datang selepas trauma kuat, disertai demam, turun berat badan tanpa sebab, lemah kaki, kebas teruk atau hilang kawalan kencing atau buang air besar.

